Thursday, January 10, 2019

LARANGAN MEROKOK DI KEDAI-KEDAI MAKAN


Baru- baru ini telah terjadinya kejadian yang menggemparkan di bumi Malaysia apabila menteri kesihatan mengumumkan berkuat kuasa 1 Januari 2019 telah mewartakan larangan merokok di kedai-kedai makan seluruh negara.

  Maka gegak gempitalah seluruh buana Sang Perokok yang tidak bersetuju dengan keputusan ini. Pada yang tidak merokok, mereka pastinya berasa gembira kerana dapat makan dan minum secara bebas tanpa bau-bauan asap rokok yang menyengat dihidung. Kalau bau asap rokok Dunhill ke, Marlboro ke, boleh terima lagi, tapi bau asap rokok-rokok seludup nie lain macam dia punya bau, tengit semacam, nak-nak pulak asap rokok John, League, Pine, Jun, U2 dan lain-lain lagi.



  Berbalik semula kepada larangan merokok ini, maka tersebarlah bermacam-macam lawak dilaman sosial mengenai perokok yang terpaksa menghisap rokok dengan jarak 3 meter dari kedai. Ada yang bawa tali tape, ada yang minum tengah jalan dan bermacam-macam lagilah perangai mungkin untuk memperli menteri kesihatan huhu..



Pandangan Peribadiku

Secara jujur aku juga terkesan dengan larangan ini. Aku bukan seorang perokok, aku telah berhenti merokok hampir setahun yang lalu. Masalah aku ialah, aku belum berhenti sepenuhnya, aku masih perlukan asap keluar dari mulut dan nikotin dalam badan huhu.. Aku masih lagi bergantung dengan vape untuk menghilangkan ketagihan merokok.
  Sekarang nie aku masih pening, ada yang menyatakan vape juga tidak boleh untuk disedut dikedai makan, ada yang meyatakan vape tidak terlibat. tapi aku masih takut-takut dan tidak berani untuk menyedut vape di kedai makan. Ini kerana sejak 1 Januari 2019, aku belum lagi melihat orang berani menyedut rokok mahupun vape dikedai-kedai makan, waima, di kedai mamak pukul 1 pagi keatas.


Pada aku ada positif dan negatifnya keputusan kerajaan melarang merokok di kedai makan.
dari sudut positif,  Kebersihan kedai, tiada lagi bau asap rokok yang perlu disedut oleh perokok pasif, iaitu mereka yang tidak merokok dan ibu bapa bebas membawa anak-anak atau bayi mereka kekedai makan.


 Dari sudut negatif mungkin sedikit sebanyak boleh terjejas pendapatan kedai-kedai makanan nie sebabnya dari pengalaman aku sebagai bekas perokok, kami perokok-perokok ini akan lepak berborak di kedai minum paling kurang pun akan ambil masa 2 jam untuk berborak dan menonoton perlawanan bola sepak. Dalam tempoh 2 jam tu, paling kurang pun 3,4 gelas air seorang tak lari, kat situ dah berapa  banyak keuntungan kedai makan dapat. baru-baru nie aku dengan member-member aku hanya mampu bertahan setengah jam je, lepas tu terus blah huhu..



   Tapi apa pun, benda yang baik kita kena ikut walaupun ramai yang cakap kenapa kuat kuasakan hanya kepada perokok, kalau rokok tidak dijual, tiadalah orang merokok. Haramkan terus penjualan rokok kat malaysia. Tapi itulah, kita nie bukan pakar ekonomi, mungkin cukai rokok tu besar dan akan mengakibatkan ekonomi negara terjejas kalau diharamkan penjualan rokok. wallahualam, aku cuma meneka, walaupun matlamat tak menghalalkan cara. aku tidak mahu menyentuh bab-bab agama dan negara, kerana aku bukan pakar dalam bidang ini.



Benda masih baru, kita tengoklah dalam setahun dua nie. mungkin rakyat kita belum biasa lagi, sebab tu lah mereka merungut. Orang kata alah bisa tegal biasa. sama lah seperti satu masa dahulu, di panggung-panggung wayang orang boleh merokok, tapi sekarang, orang dah biasa tidak merokok semasa menonton wayang, tiada apa pun, tak mati pun 2 jam tak merokok sambil tengok wayang. Samalah nanti, bila dah biasa tidak merokok di kedai-kedai makan, lama-lama dah tiada masalah, anggaplah kita makan dan minum dikedai makanan segera atau kedai-kedai yang berhawa dingin..


    Jadi akhir kata, buatlah macam aku dan rakan-rakan yang merokok, kami sekarang nie, lepak kat panking depan rumah, suruh bini buat air, sambil merokok, borang-borak, main gitar, bini pun suka sebab boleh nampak depan mata huhu..