Sunday, February 5, 2012

petua: anak kena sakit kuning


Petua nie adalah dari pengalamanku sendiri, aku tak jaminla ianya mujarab, nak ikut boleh sebab takde pun kesan sampingan untuk bayi..

Bayi aku kena kuning lepas 2 hari dia keluar wad. dengan berat badan 2.3kg, kuningnya pula 2.5.. jadi misi klinik kesihatan suruh masukkan bayi aku dalam wad. bila pergi hospital doktor kata tak serius lg sbb doktor kata 3.0-3.5 baru tahap yang serius,. tapi dah sampai hospital doktor takkan bagi balik punyer, dia masukkan bayiku masuk dalam wad juga..

Sebagai ayah sedih tengok bayi sendiri kena tahan kat wad. bayangkanla, bayi aku kena duduk dalam 1bekas tempat letak bayi, lampu biru menghala kebadannya, dengan keadaan bogel, dia duduk dalam tu, mata tertutup, aircond lak kuat sbb masa tu tengah malam..bayi aku memang tak nak duduk dalam tu. asal letak je menjerit, meraung, mungkin disebabkan sejuk atau suhu panas lampu. luluh hati aku tengok keadaan bayiku masa tu. tapi 3 hari 2malam jugekla anakku duduk dalam wad, hari ke 3 dh turun kepada 1.9. syukur..

Esoknya, selepas keluar dari wad aku ke klinik kesihatan, nak periksa balik sakit kuning anakku. tapi kuning dia naik pulak dah, 2.3 je pun..misi sekali lagi suruh bayi aku masuk balik wad..aku tak nak la, baru lepas keluar wad dh kena masuk wad balik. kesian anak aku.. tp bila aku cakap kt misi tu aku tak nak, apalagi abisla kena berleter aku ngan misi tu, macam-macam dia gertak aku, tapi aku buat tak tahu je la, walau pun hati nie goyang juga..misi tu paksa aku sain surat yang mengesahkan aku tak nak masukkan anak aku ke hospital, aku pun sain la..

Mulai dari hari itu bermacam-macam cara la yang aku buat kat bayi aku supaya demam kuningnya hilang, apa yang orang bagi tahu kat aku, semua aku cuba, antaranya ialah:
  1. Ambil buah anggur hitam, calitkan sedikit airnya ke dalam mulut bayi.
  2. Minum air susu kambing.
  3. blender sengkuang cina, bagi bayi minum.
  4. Mandikan dengan air nila.
  5. Mandikan dengan air inai.
  6. Beli lampu meja, letakkan kt anak. buat macam kt hospital.
  7. Jemur pada waktu pagi.
  8. Beli ubat kedai tabib cina, ubat tu bawak mandi.
  9. Beli ubat herba kt farmasi di temerloh (herba nie memang bagus, kalu nak bg tahu aku ehehe)
Rasanya banyak lagi yang aku cuba, tapi aku pun dah tak ingat..Kalau nak kata mujarab cara tu mungkin betul jugek, tengok kepada keserasian bayi dengan benda-benda yang aku sebutkan tadila..bayi aku pulak rasanyer tak serasi, walaupun turun tapi sikit je la..

Pada aku kalau nak mengelakkan demam kuning nie ada 1 cara yang paling mujarab, cubala, aku pasti bayi takkan kena demam kuning..caranya ialah setelah bayi lahir bagi ia menyusu dengan susu ibu setiap 2jam..bayi memang suka tidur kerana dia masih merasakan berada didalam perut ibunya, lebih-lebih lagi bayi yang kena demam kuning, memang kuat tidur.. kalau bayi tak nak menyusu, paksa ia, kejut ia tidur, buat la cara macam mana sekali pun, janji 2jam sekali mesti kena susukan bayi tersebut, amalkan dari bayi lepas lahir hingga umurnya 10 hari ataupun selepas tali pusatnya tercabut. selepas tali pusatnya tercabut pasti demam kuning dah tiada lagi..tapi ingat mesti bagi bayi SUSU IBU sahaja, Insyaalah bayi tidak akan kena demam kuning...

Anakku masa kena demam kuning

Thursday, February 2, 2012

anak..


Anak adalah anugerah daripada Allah s.w.t. ramai org memberitahu kepadaku, kalau awak dh ada anak, isteri sudah jatuh no.2. aku menafikan dakwaan itu kerana bagiku, tiada ibu, tiadalah anak, jadi kenalah sama-sama sayang. itu ayatku masa tiada anak..

Tanggal 1 disember 2011, jam 5.30pm dengan izin yang Maha Esa, maka lahirlah zuriatku yang pertama, satu nikmat yang tidak terhingga telah Allah S.W.T beri kepada ku dan isteri. Alhamdullilah, walaupun isteriku ada masalah sewaktu mengandungkan anakku dan kelahirannya terpaksa melalui pembedahan, anakku dilahirkan dengan sempurna dan sihat..

Satu nikmat yang tidak boleh diluahkan dengan kata-kata, apabila melihat anakku buat kali pertama, lebih-lebih lagi ketika mengalunkan azan kepadanya, tanpa disedari air mata ku mengalir deras, besar sungguh nikmatmu ke atasku Ya Allah..

Berbalik pada kata-kata diatas tadi, sayang anak lebih dari sayang isteri, aku tak boleh nafikan sekarang, sedikit sebanyak aku dah merasainya. waktu di pejabat nak balik cepat-cepat, rindu nk dakap anak, kat skrin leptop dan enset dh letak gambar anak. waktu kt pejabat asyik tipon isteri tanya keadaan anak. sampaikan isteri pun dh perasan, aku melebihkan anak..

Tetapi ketahuilah wahai isteriku, kau cinta pertamaku, tiada engkau, tiadalah anak kita, aku masih menyayangimu sama seperti dahulu, cuma perhatianku lebih kepada anak kita kerana dia masih kecil lagi dan memerlukan penjagaan yang sempurna untuk memastikan anak kita sihat dan menjadi insan yang beriman satu hari nanti, insyaalah..

inilah anakku, Muhammad Iman Faez bin Mohd Fauzi

Saturday, November 21, 2009

kerajaan vs pembangkang

org kata kita mesti sokong kerajaan sbb kerajaan yg bg kita gaji dan bg kita kemajuan. buat ape nk sokong2 pembangkang yg tidak ada ape jasa pn kt kita.
ada org pulak kata negara kita mesti ada pembangkang sbb kalu xde pembangkang negara kita xkn maju. diaorg ckp kalu ada pembangkang mesti ada pilihan raya, masa tu la kita nk dpt projek2 kerajaan, kemudahan infrastuktur dan mcm2 lg. kalu xde pembangkang susah nk dpt semua tu...

aku pulak kata: mana yg baik, itu la pilihan ku...

Monday, July 27, 2009

cikgu vs polis

kejadian ini berlaku pada malam minggu beberapa minggu yg lalu. ketika itu aku balik bercuti di kampung setelah beratus kali ibu ku mengatakan kepadaku "dh lupe ke aku jalan nk blik kampung?". mengenangkan ayat pedih dr ibu ku itu dan aku pn xberape sibuk jd aku memutus kn untuk pulang ke kg halaman ku yg diberi jolokan bandar ikan patin walaupun tiada ikan patin yg menjadi jiranku.rutin harianku apabila pulang ke kg adalah melepak bersama2 kwn sekampung ku di kdai minum sampai ke pg. memandangkan mlm itu mlm minggu seorg kwn ku mengajak aku menonton lumba keta dan moto(lumba haram). aku bersetuju dng cadangan rakanku itu, memandangkan aku rasa mulia jugek rancangan beliau itu. kami berempat pn melihatla aksi2 ngeri oleh pelumba2 yg berlagak pro itu. tp dng tiba2 semua jln di blog oleh kenderaan polis. kami semua yg menonton juge terperangkap. lalu aku dihimpunkan bersama2 mereka yg senasib dng ku. terasa seperti pendatang haram apb disuruh mencangkung ditengah jalan. pastu kena naik trak pulak ke balai utk test air kencing. utk mengelakkan drp kena kencing aku dng jujurnyer memberi tahu bahawa aku seorg guru, xkn sama2 kerajaan xleh lebih kurangkn. ternyata alasan aku itu berjaya membuatkn aku terlepas dr test air kencing tu. tp aku mendapat malu yg amat sngt apb. polis2 itu mengutuk aku ada ke ia ckp cikgu pn tngk lumba haram, klua mlm, suruh aku masuk penjara, mengajar banduan2 didlm penjara. org2 yg ada disitu semua gelakkan aku. hei aku punya pasalla nk buat ape. xde pn undang2 yg menyatakan cikgu xleh klua mlm, xleh gi tngk org belumba, cikgu pn manusia jugek. tp xterkeluarla dr mulut aku ayat tu, cuak gak aku, kalu dia masukkan aku betul2 dlm lokap gelap masa dpn aku. tp xpe aku kenal polis2 tu, nant bila aku ajar ank mereka, tahu la mereka, aku tangan2kn anak diaorg, buat salah sikit aku kutuk anak diaorg, mcm diaorg buat kt aku, ada ubi ada batas ahaha. kesimpulannya cikgu vs polis sape yg menang???? LU PIKIR LAH SENDIRI!!!

Tuesday, July 7, 2009

howard gardner

posted as public at flickr
I want my children to understand the world, but not just because the world is fascinating and the human mind is curious. I want them to understand it so that they will be positioned to make it a better place. Knowledge is not the same as morality, but we need to understand if we are to avoid past mistakes and move in productive directions. An important part of that understanding is knowing who we are and what we can do... Ultimately, we must synthesize our understandings for ourselves. The performance of understanding that try matters are the ones we carry out as human beings in an imperfect world which we can affect for good or for ill. (Howard Gardner 1999: 180-181)


Blogged with the Flock Browser

YZFR125

moto yang bakal aku beli, cc kecik tapi bentuk mcm superbike, smart giler

Blogged with the Flock Browser

Monday, July 6, 2009

belajar memblog menggunakan flock

senang, mudah dan simple, satu browser yg mesra pengguna
Blogged with the Flock Browser