Thursday, February 2, 2012

anak..


Anak adalah anugerah daripada Allah s.w.t. ramai org memberitahu kepadaku, kalau awak dh ada anak, isteri sudah jatuh no.2. aku menafikan dakwaan itu kerana bagiku, tiada ibu, tiadalah anak, jadi kenalah sama-sama sayang. itu ayatku masa tiada anak..

Tanggal 1 disember 2011, jam 5.30pm dengan izin yang Maha Esa, maka lahirlah zuriatku yang pertama, satu nikmat yang tidak terhingga telah Allah S.W.T beri kepada ku dan isteri. Alhamdullilah, walaupun isteriku ada masalah sewaktu mengandungkan anakku dan kelahirannya terpaksa melalui pembedahan, anakku dilahirkan dengan sempurna dan sihat..

Satu nikmat yang tidak boleh diluahkan dengan kata-kata, apabila melihat anakku buat kali pertama, lebih-lebih lagi ketika mengalunkan azan kepadanya, tanpa disedari air mata ku mengalir deras, besar sungguh nikmatmu ke atasku Ya Allah..

Berbalik pada kata-kata diatas tadi, sayang anak lebih dari sayang isteri, aku tak boleh nafikan sekarang, sedikit sebanyak aku dah merasainya. waktu di pejabat nak balik cepat-cepat, rindu nk dakap anak, kat skrin leptop dan enset dh letak gambar anak. waktu kt pejabat asyik tipon isteri tanya keadaan anak. sampaikan isteri pun dh perasan, aku melebihkan anak..

Tetapi ketahuilah wahai isteriku, kau cinta pertamaku, tiada engkau, tiadalah anak kita, aku masih menyayangimu sama seperti dahulu, cuma perhatianku lebih kepada anak kita kerana dia masih kecil lagi dan memerlukan penjagaan yang sempurna untuk memastikan anak kita sihat dan menjadi insan yang beriman satu hari nanti, insyaalah..

inilah anakku, Muhammad Iman Faez bin Mohd Fauzi

No comments:

Post a Comment