Sunday, February 5, 2012

petua: anak kena sakit kuning


Petua nie adalah dari pengalamanku sendiri, aku tak jaminla ianya mujarab, nak ikut boleh sebab takde pun kesan sampingan untuk bayi..

Bayi aku kena kuning lepas 2 hari dia keluar wad. dengan berat badan 2.3kg, kuningnya pula 2.5.. jadi misi klinik kesihatan suruh masukkan bayi aku dalam wad. bila pergi hospital doktor kata tak serius lg sbb doktor kata 3.0-3.5 baru tahap yang serius,. tapi dah sampai hospital doktor takkan bagi balik punyer, dia masukkan bayiku masuk dalam wad juga..

Sebagai ayah sedih tengok bayi sendiri kena tahan kat wad. bayangkanla, bayi aku kena duduk dalam 1bekas tempat letak bayi, lampu biru menghala kebadannya, dengan keadaan bogel, dia duduk dalam tu, mata tertutup, aircond lak kuat sbb masa tu tengah malam..bayi aku memang tak nak duduk dalam tu. asal letak je menjerit, meraung, mungkin disebabkan sejuk atau suhu panas lampu. luluh hati aku tengok keadaan bayiku masa tu. tapi 3 hari 2malam jugekla anakku duduk dalam wad, hari ke 3 dh turun kepada 1.9. syukur..

Esoknya, selepas keluar dari wad aku ke klinik kesihatan, nak periksa balik sakit kuning anakku. tapi kuning dia naik pulak dah, 2.3 je pun..misi sekali lagi suruh bayi aku masuk balik wad..aku tak nak la, baru lepas keluar wad dh kena masuk wad balik. kesian anak aku.. tp bila aku cakap kt misi tu aku tak nak, apalagi abisla kena berleter aku ngan misi tu, macam-macam dia gertak aku, tapi aku buat tak tahu je la, walau pun hati nie goyang juga..misi tu paksa aku sain surat yang mengesahkan aku tak nak masukkan anak aku ke hospital, aku pun sain la..

Mulai dari hari itu bermacam-macam cara la yang aku buat kat bayi aku supaya demam kuningnya hilang, apa yang orang bagi tahu kat aku, semua aku cuba, antaranya ialah:
  1. Ambil buah anggur hitam, calitkan sedikit airnya ke dalam mulut bayi.
  2. Minum air susu kambing.
  3. blender sengkuang cina, bagi bayi minum.
  4. Mandikan dengan air nila.
  5. Mandikan dengan air inai.
  6. Beli lampu meja, letakkan kt anak. buat macam kt hospital.
  7. Jemur pada waktu pagi.
  8. Beli ubat kedai tabib cina, ubat tu bawak mandi.
  9. Beli ubat herba kt farmasi di temerloh (herba nie memang bagus, kalu nak bg tahu aku ehehe)
Rasanya banyak lagi yang aku cuba, tapi aku pun dah tak ingat..Kalau nak kata mujarab cara tu mungkin betul jugek, tengok kepada keserasian bayi dengan benda-benda yang aku sebutkan tadila..bayi aku pulak rasanyer tak serasi, walaupun turun tapi sikit je la..

Pada aku kalau nak mengelakkan demam kuning nie ada 1 cara yang paling mujarab, cubala, aku pasti bayi takkan kena demam kuning..caranya ialah setelah bayi lahir bagi ia menyusu dengan susu ibu setiap 2jam..bayi memang suka tidur kerana dia masih merasakan berada didalam perut ibunya, lebih-lebih lagi bayi yang kena demam kuning, memang kuat tidur.. kalau bayi tak nak menyusu, paksa ia, kejut ia tidur, buat la cara macam mana sekali pun, janji 2jam sekali mesti kena susukan bayi tersebut, amalkan dari bayi lepas lahir hingga umurnya 10 hari ataupun selepas tali pusatnya tercabut. selepas tali pusatnya tercabut pasti demam kuning dah tiada lagi..tapi ingat mesti bagi bayi SUSU IBU sahaja, Insyaalah bayi tidak akan kena demam kuning...

Anakku masa kena demam kuning

4 comments:

  1. perkongsian yg menarik. biarpun pada yg belum punya anak mcm gua.

    ReplyDelete
  2. assalam bro, farmasi kat temerloh 2 area mane?anak aku kne kuning gakk..pas msuk wad kuning naik balik..TQ

    ReplyDelete
  3. assalam bro, farmasi kat temerloh 2 area mane?anak aku kne kuning gakk..pas msuk wad kuning naik balik..TQ

    ReplyDelete
  4. w'salam, farmasi sunshine, jalan bahagia temerloh

    ReplyDelete